Beauty Injection; cara senang untuk kelihatan Cantik?
Beauty Injection; cara senang untuk kelihatan Cantik?
assalamualaikum sume!
Mixing White, Placenta, Vita C, Glutax, Kojic Acid... apakah bendanye ni?? haaa bagi yg dah biasa tu, bila dengar je nama2 scientific ni mmg tau la yg aku tgh cite pasal jenis2 supplement kecantikan yg diambil secara suntikan.
Kenapa nak inject? takde cara lain ke nak cantik?
Eh mestila ada cara lain, tp injection ni adalah kaedah terpantas. Ada yg dengar je inject, suntik2 ni, jd takut. sume akan sibuk search side effect kan, tp tu normal la, b4 gunakan sesuatu supplement, kita mmg kene buat research sikit la kan. Baca btl2 penerangan, ada jenis supplement yg tak bole diambil ketika period, ada jugak supplement yg tak boleh diambil oleh pesakit yg ada masalah kardiovaskular. Semua jenis suntikan tidak boleh diambil secara berterusan sehingga 2 tahun, nanti mesti ade komplikasi kat kidneys ke hati ke, ni sume base on doctor yg cakap kat aku la hehe
Cara pengambilan yg disarankan:
1. Konsisten inject 10 minggu berturut-turut (klu period stop, da suci bole inject balik)
2. Lepas tu, inject dua minggu sekali je untuk maintain supplement.
3. Selepas 6 bulan maintain (suntik dua minggu sekali), kurangkan ke sekali sebulan.
4. So, korang maintain la inject sebulan sekali smpai bila-bila. Nak berhenti inject bila kulit da cantik pon bole, xde effect pape.
Lepas benti inject, mmg kulit tak jadi kusam balik? jerawat takkan tumbuh balik?
Ya, mmg stop amik injection takkan menyebabkan kulit korang teruk balik. Tp bila dah stop inject tu, kebersihan dan kesihatan kulit jgn diabaikan. contohnya lepas makeup, make sure bersihkan muka betul2, guna makeup remover ke baby oil ke tuk tanggalkan makeup, cuci sehingga benar2 bersih. Tapi kan.. kalau korang dah biasa inject, aku tak rasa korang akan stop hahaha - bukan sebab ketagih macam addicted to drug ke ape tau, tp utk kepuasan, takut korang mula berasa tak cukup, rasa "kalau aku teruskan, mesti aku akan btambah cantik" haha
Yg sedang bercerita ni pernah inject ke?
Yezzaaa of coz pernah, sebab tu aku saja nak kongsi info, apa yg aku tau sikit2 ni, sumenya dr doctor yg inject aku hehe. First time inject lebih kurang 4 thn yg lalu. time tu muka teruk, kusam, bekas jerawat, sun burn. Then ada membe suggest inject vit C utk mempercepatkan pemulihan kulit. Aku pon inject la kat satu klinik di Ampang. Apa ntah nama klinik tu xigt dah. Sekali inject RM80, aku amik setiap minggu. seyes sakit haha. Lepas kali ke 5 ke 6 macam tu, urat aku (tempat yg dia inject tu) bengkak. sakit. aku pegi klinik lain dan tanya doc, doc kata urat tu dah tersumbat, aku kene kurangkan pergerakan pergelangan tangan utk elak urat tu putus. PUTUS?! haa mmg tepanjat gegel. aku pon tanya doc "kalau putus macam mana doc?". dengan selamba doc tu jwb "kalau putus, tak ada apa, kita akn buat minor operation je. kira awk hilang 1 urat je la"
"Hilang 1 urat je la" hahhah aku tak tau la doc ni main2 ke ape kan, tapi itu la jawapannya, bengkak tu betul2 hilang selepas 2 bulan. So lepas kejadian tu aku benti inject, sehingga la thn lepas muka aku naik jerawat dengan berleluasa haha, utk stop jerawat dr bermaharajalela lg, aku beli placenta 1 box (ada 10 amp tuk 10 minggu injection). 10 minggu berturut2 aku inject kat klinik and sedar2 je sume jerawat dah mati dan aku happy! Skrg aku masih maintain amik injection dua minggu sekali. Jerawat naik jugak kadang2 tp time period la. At least terkawal hehe. Aku pon takde la jadi cantik lepas inject2 ni sume, muka macam ni jugak, xde pulak berubah jadi iras2 nora danish ke ape kan, cuma kulit tu jadi bersih. bila kulit bersih dari sebarang jerawat, xde jeragat sume, itu yg aku maksudkan dengan "cantik"...haaa and 1 more thing, doc yg inject aku skg mmg pro, langsung tak sakit :)
Kalau makan je vit C or vit E pon ok kan?
Mmg ok, xde prob pon. Bgs la amik supplement tuk kulit, at the end kita jugak yg tampil lebih berkeyakinan kan. Aku dulu mmg makan je vit C jenama Blackmore tu, tp bila dah setahun makan rasa macam xde kesan, aku tanya doctor "kenapa?", doctor jawab - bukan semua orang sesuai dengan pengambilan kapsul or pill supplement, macam aku, jenis body yg ssh nak absorb supplement tu bila ianya dalam bentuk kapsul. Body aku mmg cepat bertindak bila supplement terus masuk dalam darah. So, ya, mmg aku teruskan rutin injection sbb ianya yg paling sesuai dengan aku :)
Sebelum mengambil sebarang langkah seterusnya dalam “dunia suntikan”, make sure korang tau ape yg nak di suntik ke dalam badan, brp dos nya, apa effect nye? Produk yg mana bagus? Yg mana selalu ada tiruan?
Kat sini aku sediakan serba sedikit info mengenai pelbagai jenis injection bg tujuan kecantikan tuk korang, berserta dengan harga sekali hehe. Harga tu kira roughly la, tak fix, ikut penjual, tp biasanya harga sesuatu produk tu mmg sekitar harga yg aku berikan ni la. kalau murah sangat takut tiruan, kalau mahal sangat takut kene cekik darah. Aku TAK JUAL mana2 jenis suntikan pon, info ni just guide line tuk org yg tgh riki2 beauty injection ye. Sume supplement injection ni kalau korang beli, perlu dibawa ke klinik, bia doc yg bertauliah tolong injectkan. Kalau xnak beli terus 1 box, korang boleh je terus g klinik dan amik kat sana, cuma kalau amik kat klinik setiap minggu, mmg lagi mahal la.
p/s: kalau dah start inject tu, make sure minum air masak secukupnya. sekurang-kurangnya 2L sehari.
Ulasan
Catat Ulasan